Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, siasatan berkenaan adalah susulan 28 laporan polis ke atas Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu berhubung isu berkenaan.